Cara Pajak Emas Simpanan di Ar-Rahnu


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rentetan kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19) sejak 18 Mac lalu telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan termasuklah para usahawan dan peniaga mikro. Menurut metrologis Kanan, Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) SIRIM, TS Fazrul Mohd Nor berkata, terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pembiayaan antaranya pinjaman peribadi, pajak gadai konvensional dan pajak gadai Islam. Sebenarnya anda beruntung kerana mempunyai aset simpanan emas fizikal di tangan. In case jika terdesak nak pakai wang anda boleh memajakkan emas tersebut untuk dapatkan pinjaman wang bercagar dengan kadar segera di mana-mana rahnu terdekat. Ini cara yang selalu diguna pakai oleh peniaga tempatan dalam mendapatkan modal segera berniaga.

Berikut merupakan cara memajak di ar-rahnu, mudah jer namun haruslah diingat bahawa polisi setiap ar-rahnu di Malaysia adalah berbeza-beza.

 

Step Pertama : Kenal Pasti Item 

Pastikan membawa item (barang kemas, gold bar, dinar,syiling atau jongkong emas) + sijil ketulenan + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian. Ada juga rahnu yang hanya terima barang kemas sahaja. Saya syorkan anda pilih ar-rahnu yang berkolaborasi dengan mana-mana syarikat pengeluar emas untuk memudahkan urusan pajakan kalian nanti misalnya emas keluaran syarikat public gold mudah diterima ar-rahnu pos kerana kolaborasi antara dua syarikat tersebut.

 

Step ke-2 : Kenal pasti berat dan nilai item yang dibawa dan berapa pinjaman yang anda layak.

Pajak gadai Islam misalnya ar-rahnu bebas daripada unsur riba, adil, telus dan tidak membebankan peminjam. Malah, kelayakan membuat gadaian lebih mudah jika dibandingkan pinjaman perbankan.

Antara alat pengukuran ketulenan yang sering digunakan pula adalah X-Ray fluorescent (XRF), densimeter dan precious metal verifier. Ar-rahnu menawarkan 65% hingga maksimum 70% pinjaman daripada nilai barangan gadaian mengikut harga emas semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri manakala tempoh gadaian sehingga 36 bulan.

 

Step ke-3 : Caj yang dikenakan dan tempoh pinjaman

Kaedah bayaran balik pinjaman pula adalah secara sekali gus atau berperingkat yang mana kadar upah simpan serendah RM0.65 bagi setiap RM100 atas nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman pada setiap bulan. Menurut encik zulkifli shafie, caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Ini membuktikan kos dikenakan oleh pajak gadai Islam lebih rendah daripada pajak gadai konvensional.

Caj pinjaman adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Tempoh standard pajakan ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

 

Step ke-4 : Tempat pajakan emas 

Di Malaysia umumnya, perkhidmatan Ar-Rahnu disediakan oleh institusi perbankan dan koperasi seperti Agrobank, Bank Muamalat, Bank Islam, Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Ar-Rahnu Xchange dan Ar-Rahnu Tekun. Namun bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia: 

Ar-Rahn PKB


Ar-Rahnu Exchange (francais Bank Rakyat)


Ar-Rahnu Pos Malaysia di seluruh malaysia








Dan banyak lagi senarai ar-rahnu seluruh malaysia yang saya tidak senaraikan di atas. Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Moga bermanfaat.


References:

1-# Blog mohd zulkifli shafie (Jurucakap publicgold)

2-# Artikel Pajak gadai islam mampu biayai golongan terjejas covid-19 oleh Suharne Zainudin, Bisnnessinar.com(14april2020).


Catat Ulasan

0 Ulasan